ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laluan Raub ByPass dibuka, jimat masa perjalanan tanpa perlu lalu bandar Bentong dan Raub

Berita Tempatan

Views

Sebahagian lagi laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) iaitu Seksyen 5A: Raub ByPass telah mula dibuka pada jam 12.01 tengah malam tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pembukaan jajaran tersebut dapat memberi manfaat dengan menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) yang mengambil masa hanya 30 minit.

“Ia dapat menjimatkan masa sehingga dua jam berbanding melalui jalan sedia ada yang terpaksa melewati bandar Bentong dan Raub malah pihaknya mengharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya kerana simpang jalan yang bakal dibuka dilengkapi dengan lampu isyarat.

“Selain itu, laluan ini turut diharapkan dapat menjimatkan keseluruhan kos perjalanan selain mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan sedia ada terutamanya pada waktu puncak, ketika musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan jalan berkenaan di Raub, semalam yang disempurnakan bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Secara keseluruhan, panjang Seksyen 5A: Raub ByPass adalah 9.6 km dan dengan pembukaan laluan sepanjang 6.4 km pada tengah malam tadi serta 600 meter yang dibuka pada 25 Jun lalu, menjadikan jumlah jajaran yang sudah dibuka adalah sepanjang 7 km manakala bakinya 2.6km lagi dijadualkan siap pada Jun ini.

Pembinaan LTU atau dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan sehingga persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan laluan sepanjang 299.4 km serta kos sebanyak RM7.7 bilion.

LTU ini dilaksanakan secara berperingkat membabitkan lima pakej yang pelaksanaan dilakukan mengikut keutamaan pembinaan berdasarkan kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, Alexander pada sidang media memaklumkan pihaknya dalam proses meneliti cadangan kerajaan negeri untuk membina kawasan Rehat & Rawat (R&R) di LTU laluan Bentong dan Raub.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terdahulu, Wan Rosdy ketika berucap memohon cadangan kerajaan negeri untuk membina R&R di kawasan terbabit diberi perhatian oleh pihak kementerian selain turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pembinaan LTU di Pahang.

Ditanya mengenai cadangan Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memansuhkan tol di Gombak dan Karak, Alexander berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk melaksanakannya.

“Saya berharap pengguna kita semuanya faham…kita perlukan kewangan untuk buat penyelenggaraan demi keselamatan pengguna, kalau kurang dana kita risau tak dapat jalankan kerja selenggara dengan baik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Tuan Ibrahim ketika sidang Parlimen menggesa kerajaan menghapuskan tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan di laluan tersebut.

Menyentuh mengenai kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, beliau berkata pihak konsesi akan diminta supaya tidak menutup atau menyempitkan lorong bagi kerja penyelenggaraan ketika waktu puncak dan cuti perayaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply