ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lampu LED buatan Melaka jadi pilihan pengeluar kereta mewah

Berita Tempatan

Views

Beberapa syarikat pengeluar kenderaan mewah terkemuka dunia memilih Melaka sebagai lokasi untuk mendapatkan lampu kenderaan yang menggunakan teknologi diod pemancar cahaya (LED).

Menurut Berita Harian, EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata ia berikutan pengeluar lampu LED itu, Dominant Opto Technologies Sdn Bhd merekodkan permintaan tinggi daripada pengeluar kenderaan mewah terkemuka dunia untuk mendapatkan bekalan produk berkenaan.

Berikutan itu, katanya, syarikat terbabit dicatatkan menduduki tempat keempat di dunia sebagai pembekal lampu LED untuk kenderaan mewah.

Jenama kenderaan terkemuka dunia iaitu BMW X Series antara kenderaan yang menggunakan teknologi LED yang dikeluarkan syarikat dimiliki anak jati Melaka ini.

Berdasarkan perancangan awal tahun ini, Dominant Opto Technologies akan meneruskan pelaburan besar di Melaka membabitkan nilai RM1.3 bilion dan diharap syarikat itu mampu menjadi pelopor teknologi pembuatan LED di negara ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Azmi Hussein, CEO Dominant Opto Techniologies Sdn Bhd, Tay Kheng Chiong dan Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd Ali.

Sementara itu, Kheng Chiong berkata, operasi syarikat itu disokong 2,126 pekerja tempatan dan 404 pekerja asing dengan menyasarkan peningkatan 20 peratus hasil perniagaan dalam sektor berkenaan setiap tahun.

Katanya, setakat ini 120 kakitangan terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan reka bentuk dan pengubahsuaian supaya produk dihasilkan mampu bersaing di peringkat dunia.

Tambah beliau, pihaknya membawa nama Melaka dan Malaysia yang kini berada di tempat keempat dunia sebagai pembekal kepada kenderaan berteknologi tinggi selepas Jerman di tangga pertama diikuti Jepun dan Amerika Syarikat.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

sss

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

ddd

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ab Rauf Yusoh

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply