ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar Honda e Tunku Idris, pemandu BMW 3 Series warga Singapura beri keterangan

Berita Tempatan

Views

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergeselan antara kereta bernombor pendaftaran Singapura dengan kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu tampil merakam percakapan di Balai Polis Trafik Johor petang kelmarin selepas kejadian mengenai insiden itu tular.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, tidak ada tangkapan dibuat terhadap lelaki warganegara Singapura itu setelah dia tampil untuk memberikan keterangan.

Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga emas itu dibenarkan pulang dan dibenarkan balik ke Singapura kerana ini bukan kes jenayah.

Sementara itu, polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Semalam, kereta jenis Honda e kesayangan Tunku Idris calar ‘digesel’ sebuah kereta BMW 3 Series bernombor pendaftaran Singapura dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang.

Tunku Idris turut turut berkongsi gambar keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya selain rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.

Menurut rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku pada pukul 2.17 petang kelmarin ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu masuk ke ruang parkir yang kosong.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tunku_idris

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply