ARKIB

KATEGORI

Tular

Langgar lampu isyarat merah, Axia dirempuh BMW 320i dan terbakar

Tular

Views

Padah melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta dirempuh sebelum terbakar di simpang empat lampu isyarat, Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall di Seremban pada Ahad.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada jam 10.45 malam itu membabitkan dua kenderaan iaitu jenis Perodua Axia dan BMW 320i.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia dari arah Petron Sungai Ujong menuju ke arah Time Hotel, Seremban dipandu lelaki berusia 45 tahun seorang diri.

Sebaik tiba di lokasi telah bertindak mengabaikan lampu isyarat berwarna merah dari arahnya lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang.

Kemudian datang sebuah kereta jenis BMW 320i dipandu lelaki berusia 40 tahun juga seorang diri dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta Perodua Axia itu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ujarnya, pelanggaran tersebut telah menyebabkan kereta Perodua Axia itu berpusing lalu terbabas menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat.

Impak pelanggaran tersebut juga telah menyebabkannya terbakar keseluruhan. Bagaimana pun, tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua mangsa.

Manakala kenderaan terbakar telah berjaya dipadamkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Rule 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply