ARKIB

KATEGORI

Buletin

Uncle Kentang seru orang ramai bantu baiki jalan berlubang

Berita Tempatan

Views

Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang mengajak orang ramai untuk turut sama membantu dalam membaiki jalan raya yang berlubang.

Ini kerana menurutnya, kos untuk membaik pulih tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan kemalangan yang bakal dihadapi.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Katanya, kos untuk tampal satu lubang mungkin makan dalam tiga paket atau lima paket. Kos mungkin cecah RM70 ke RM200 bergantung pada lubang.

“Tetapi kalau kita buat perbandingan dengan harga atau nilai satu tangan, satu kaki yang patah atau nyawa yang melayang atau mangsa akan lumpuh dan jadi orang kurang upaya (OKU), kos menjadi remeh dan harus di lakukan.

“Ramai anak muda kini tiada kerja atau buat separuh masa penghantar makanan atau Lalamove. Bahaya kalau mereka cedera, lumpuh atau mati kerana mak ayah yang uzur tidak mampu lagi cari duit untuk tampung mereka.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Jom, mari kita tampal lubang jalan raya. Kos tidak tinggi. Kita selamatkan penunggang dari kecederaan, lumpuh atau mati,” katanya dalam hantaran Facebooknya pada Isnin.

Menurut beliau, apabila jalan tidak dibaiki dan telah menyebabkan kemalangan kepada penunggang, ia adalah lebih merumitkan.

“Memang sukar untuk saman majlis. Manalah budak-budak penghantaran ini ada duit nak pasang peguam. Buka fail pun sudah RM2,000. Mak ayah yang uzur mana ada duit nak saman majlis bandar raya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply