ARKIB

KATEGORI

Tular

Langgar lampu isyarat merah, pemandu Alza kena saman RM300

Tular

Views

Tindakan saman telah dikenakan ke atas pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang tular melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di Rembau, semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu berjaya dikesan pada hari sama di Seremban kira-kira pukul 9.51 malam.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurutnya, pemandu yang juga pekerja kilang berkenaan disaman sebanyak RM300 bagi kesalahan melanggar lampu isyarat.

Ujar Hazri lagi, kes disiasat di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan. Semalam, Kosmo Online melaporkan tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Polis mengesan video tular berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 pagi Jumaat dan menerusi video itu mendapati kenderaan MPV tersebut datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

Sebaik sampai di tempat kejadian, MPV berkenaan telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply