ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Alza memotong di garisan berkembar, langgar lampu merah diburu polis

Tular

Views

Polis sedang mencari pemandu sebuah Perodua Alza yang dirakam melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di Rembau.

Menurut UTUSAN, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan video tular mengenai kejadian itu sekitar pukul 8.30 pagi tadi dan berdasarkan video tular itu mendapati kenderaan MPV berkenaan datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya, sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan seterusnya bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.

Tambah beliau, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Rembau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Hazri berkata, setakat ini, individu yang menularkan video berkenaan telah diambil keterangan dan usaha mengesan pemandu Perodua Alza terbabit sedang dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi seminit yang memaparkan sebuah kereta Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

Video berkenaan turut memaparkan penumpang hadapan iaitu seorang wanita telah membuka tingkap kereta itu yang kemudian menunjukkan reaksi wajah memarahi pemandu kereta yang merakamkan video tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply