ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laporan Ketua Audit Negara: JPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu

Berita Tempatan

Views

Sejumlah RM14.38 juta kerugian dan pembaziran wang awam dialami Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kementerian Pengangkutan melibatkan pembayaran perkhidmatan mencetak kad Lesan Memandu Malaysia (LLM).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, perkara ini berlaku disebabkan oleh kelemahan pemantauan JPJ terhadap peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Sebanyak 1.83 juta keping kad LLM tidak digunakan bernilai RM14.23 juta dan penalti sejumlah RM149,178 tidak dikenakan terhadap pelanggaran Service Level Agreement (SLA),” menurut laporan LKAN 2021 Siri 2 hari ini.

Melalui laporan itu juga, pihak audit mencadangkan beberapa perkara bagi mengatasi kelemahan yang berlaku di jabatan berkenaan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

“Antaranya, melakukan pemantauan terhadap penggunaan stok kad yang dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan penggunaan stok kad itu adalah secara optimum supaya tidak membazir.

“Memastikan SLA dipatuhi oleh syarikat dan sekiranya gagal, penalti atau denda akan dikenakan dengan segera,” menurut laporan itu.

Selain itu, laporan itu turut mengesyorkan pemantauan terhadap perkhidmatan dibuat dengan lebih berkesan dengan mengambil tindakan segera terhadap masalah berbangkit. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply