ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Cars catat keuntungan operasi pada 2022 meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran

Berita Tempatan

Views

Volvo Cars hari ini melaporkan keuntungan operasi merangkumi usaha sama dan syarikat bersekutu sebanyak 22.3 bilion Swedish krona (SEK) dan margin keuntungan sebanyak 6.8 peratus sepanjang tahun 2022.

Menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan, pihaknya bermatlamat untuk mencapai sebanyak 50 peratus syer global melalui kereta-kereta elektrik Volvo, dengan jejak karbon 40 peratus lebih rendah untuk setiap kereta, serta keuntungan sebanyak 8-10 peratus.

Pada tahun 2022, penjualan kereta elektrik Volvo telah meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, serta menyaksikan 11 peratus daripada jualan sepanjang tahun disumbangkan oleh kereta elektrik sepenuhnya, berbanding dengan 4 peratus pada tahun 2021.

Ia juga melibatkan prestasi kukuh dalam penjualan kereta elektrik sepenuhnya pada suku keempat, dengan mata tertinggi yang direkodkan pada 18 peratus, berbanding 6 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Prestasi kereta Recharge termasuk kereta-kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in, juga kukuh dengan syer sebanyak 33 peratus untuk tahun tersebut, dan 41 peratus semasa suku keempat.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Turut menjadi perhatian adalah prestasi di Brazil, Uruguay, Thailand, dan Indonesia sepanjang tiga bulan terakhir. Pasaran-pasaran ini mencapai syer jualan untuk Recharge sebanyak 100 peratus semasa suku keempat, diikuti oleh Norway sebanyak 98 peratus, Ireland dengan 91 peratus, dan Sweden dengan 89 peratus.

Pada tahun 2022, pendapatan Volvo Cars mencecah 330.1 bilion SEK, meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia merupakan pendapatan tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah syarikat tersebut.

Ini disebabkan oleh campuran produk yang lebih baik, realisasi harga kereta yang lebih tinggi, kadar pertukaran asing, dan pembuatan kontrak dengan Polestar.

Pada tahun 2022, EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mencapai 17.9 bilion SEK, turun 15.7 peratus berbanding 2021. Margin EBIT untuk sepanjang tahun tersebut kekal pada 5.4 peratus.

Walaupun dengan campuran produk yang menarik dan harga yang kukuh, prestasi EBIT terkesan oleh kekurangan volum yang disebabkan oleh kekangan pengeluaran, peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan, serta pembelian semikonduktor secara langsung.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk tahun 2023, syarikat tersebut menjangkakan harga bahan mentah, terutamanya litium, akan kekal pada harga tinggi dan pembelian semikonduktor secara langsung masih diteruskan. EBIT termasuk JV dan syarikat-syarikat bersekutu mendapati sebanyak 22.3 bilion SEK untuk tahun tersebut, meningkat 10 peratus berbanding 2021.

Hal ini menyaksikan margin EBIT mencapai 6.8 peratus untuk tahun tersebut. EBIT yang lebih tinggi pada tahun 2022 disebabkan oleh kesan perakaunan pegangan saham Volvo Cars dalam Polestar berikutan penyenaraian mereka di Bursa Saham Nasdaq di New York tahun lepas.

Sepanjang enam bulan terakhir 2022, pengeluaran meningkat sebanyak 15 peratus berbanding di separuh pertama tahun itu, hasil daripada keadaan bekalan yang bertambah baik. Jumlah langganan aktif pada penghujung 2022 turut meningkat sebanyak 49 peratus berbanding tahun lepas.

Untuk sepanjang tahun 2022, jumlah kenderaan yang dijual dalam talian meningkat sebanyak 17 peratus berbanding 2021. Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan pelanggan yang semakin meningkat, serta tawaran yang semakin pelbagai dalam pasaran yang lebih banyak.

Momentum penjualan kukuh barisan kereta elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in Recharge telah menyumbang kepada pengurangan CO2 pada setiap kereta sebanyak 15 peratus, berbanding dengan penanda aras pada tahun 2018. Rekod pengurangan ini menyokong cita-cita pertengahan dekad Volvo Cars untuk mengurangkan kadar pelepasan CO2 pada setiap kereta sebanyak 40 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply