ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOT dan KTMB lancar pas perjalanan percuma tanpa had untuk pelajar sekolah dan OKU, ‘MyRailLife’

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan inisiatif pas perjalanan ‘MyRailLife‘ tanpa had secara percuma kepada pelajar sekolah dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif itu diperkenalkan khusus bagi meringankan beban perjalanan pengangkutan kepada pelajar sekolah dan OKU.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Katanya, pas tambang percuma ini boleh dinikmati oleh semua warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelajar sekolah Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam yang berumur tujuh tahun sehingga 19 tahun serta golongan OKU.

Jelas beliau, pelajar sekolah dan OKU boleh mula mendaftar MyRailLife melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang KTMB atau di kaunter KTMB yang berhampiran.

Anthony juga berkata pas percuma itu boleh digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan perkhidmatan Shuttle Timuran.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Katanya, bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang.

Bagi KTM Komuter sektor utara pula, ia terdiri daripada laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas dan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth. Sementara itu, bagi perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran adalah sektor laluan Gemas-Tumpat-Gemas.

Tambah beliau, dengan adanya pas percuma selama setahun ini, ia dijangka dapat mengurangkan kos pengangkutan kepada 500,000 orang pelajar sekolah dan OKU yang menggunakan perkhidmatan Komuter sektor Lembah Klang dan Utara serta perkhidmatan Shuttle Timuran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply