ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lari dari sekatan jalan raya – Pemandu Kia Optima GT ini nyaris rempuh polis

Tular

Views

Sebuah kereta jenis Kia Optima GT bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR ) dan nyaris merempuh seorang anggota polis berdekatan SJR Tol Kajang, kelmarin. Menurut K! ONLINE, tindakan pemandu kereta yang cuba melarikan diri dengan berpatah balik disedari orang awam yang segera memaklumkan perkara itu kepada polis yang bertugas.

Terdahulu, video berdurasi 14 saat tular di media sosial memaparkan seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menegur pemandu kereta jenis Optima GT berwarna hitam yang cuba lari daripada SJR.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Sabri Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang selepas anggota SJR dimaklumkan orang awam berkenaan sebuah kereta yang enggan melalui SJR dan cuba berpatah balik.

Jelas beliau, dalam kesesakan lalu lintas itu, anggota polis telah pergi ke arah kereta tersebut dan mengarahkan pemandunya agar berhenti, namun suspek enggan sebaliknya terus memecut melarikan diri.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Anggota polis berkenaan cuba mengejar kereta itu bagaimanapun gagal apabila suspek berjaya meloloskan diri. Berikutan itu, jelasnya, polis membuka kertas siasatan dan memohon saksi awam tampil untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu memandu kenderaan secara melulu dan merbahaya serta di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas apabila enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply