ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Chery Tiggo 5x facelift dikesan dari jarak dekat

Foto Intip

Views

Sekali lagi, kelibat unit ujian Chery Tiggo 5x facelift berceloreng telah berjaya dikesan dan kali ini ia berjaya dirakam dari jarak dekat. Foto-foto intip terbaharu ini telah dikongsikan oleh sahabat kami, Nizam Najmuddin yang terserempak dengannya ketika berhenti di lampu isyarat sekitar Setia Alam, Shah Alam.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ini bukan kali pertama unit ujian tersebut ditemui dan dalam artikel terdahulu kelibatnya telah dirakam oleh rakan pembaca kami bernama Nasz Nasir dan pemilik akaun Facebook bernama Leslie Jy. Chery Tiggo 5x facelift buat masa ini hanya dijual di China dan ia dijana oleh pilihan enjin petrol 1.5-liter aspirasi normal yang menghasilkan 114 kuasa kuda dan 143 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Satu lagi pilihan enjin adalah unit 1.5 liter turbo yang menjana 154 kuasa kuda dan 230 Nm daya kilas. Unit penjana ini digandingkan pula dengan pilihan transmisi sama ada lima-kelajuan manual dan tujuh-kelajuan CVT. Di rantau Asia Tenggara, Chery Tiggo 5x cuma terdapat di negara Filipina, namun yang ditawarkan hanyalah model pra-facelift.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply