ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih RM19 juta berjaya dikutip menerusi MyBayar Saman dalam tempoh empat hari

Berita Tempatan

Views

Lebih RM19 juta bayaran saman dikutip menerusi aplikasi MyBayar Saman dalam tempoh empat hari sejak ia dilancarkan pada Khamis. Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 177,511 saman yang dijelaskan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Katanya, sebanyak 37,213 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM4.3 juta pada Khamis. Pada Jumaat pula, sebanyak 43,469 saman dijelaskan dengan bayaran RM4.7 juta. Azisman berkata, jumlah itu terus meningkat pada hari ketiga iaitu sebanyak 66,893 saman dijelaskan membabitkan bayaran berjumlah RM7.2 juta.

Tambah beliau, jumlah itu sedikit menurun pada Ahad dengan 29,936 saman dijelaskan membabitkan bayaran saman berjumlah RM3.2 juta. Beliau berkata, seramai 366,728 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi tersebut.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Sejak aplikasi itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Beliau berharap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melancarkan portal dan aplikasi MyBayar Saman bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian. Menurut beliau, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran yang dibuat menerusi aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac hingga 14 April ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply