ARKIB

KATEGORI

Buletin

Batal HSR – Malaysia bayar pampasan RM320 juta kepada Singapura

Berita Tempatan

Views

Malaysia membayar RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Menurut Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung dalam satu kenyataan bersama berkata, jumlah pampasan itu dipersetujui kedua-dua negara.

Kata kenyataan tersebut, bayaran S$102,815,576.00 (RM320,270,519.24) sudah dibuat Kerajaan Malaysia sebagai pampasan terhadap kos ditanggung Kerajaan Singapura dalam pembangunan projek HSR dan berkaitan penangguhan projek berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Kedua-dua negara mencapai persetujuan berhubung jumlah terbabit susulan proses pengesahan oleh Kerajaan Malaysia. Jumlah ini penyelesaian penuh dan terakhir berkaitan penamatan perjanjian dua hala. Tambah kenyataan itu lagi, kedua-dua negara kekal komited menjaga hubungan baik dan kerjasama erat demi kepentingan bersama.

Pada 1 Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350 kilometer ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember lalu.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Susulan pembatalan projek itu, Ye Kung dilaporkan berkata, jumlah pampasan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan merangkumi pelbagai kos, tetapi tidak membabitkan kos pembelian tanah. Beliau berkata, Singapura sudah membelanjakan S$270 juta setakat ini membabitkan projek berkenaan iaitu merangkumi perkhidmatan konsultan, reka bentuk infrastruktur dan tenaga buruh.

Bagaimanapun, Mustapa pula berkata, kerajaan yakin kos pampasan perlu dibayar berhubung pembatalan projek terbabit jauh lebih rendah berbanding jumlah dinyatakan Ye Kung.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply