ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Sesi ujian jalan raya smart #1 dan Peugeot 408 kian ‘rancak’

Foto Intip

Views

Bukan mudah untuk terserempak dengan dua unit ujian model berbeza dalam hari yang sama. Namun, itu boleh dikatakan sebagai ‘rezeki terpijak’ bagi sahabat kami, Amir Zaheen Minhaj, hari ini.

Siang tadi, Amir berjaya merakam kelibat unit ujian smart #1 dan Peugeot 408 di dua lokasi yang berbeza. Pada pagi tadi, Amir terlebih dahului menemui unit ujian smart #1 di sekitar Shah Alam, selepas susur keluar Tol Ebor.

Petang tadi petang pula, Amir tersempak pula dengan unit ujian Peugeot 408, di sekitar Seksyen 9, Shah Alam. Kedua-dua model tersebut masih lagi belum dilancarkan ke pasaran buat masa ini.

Model smart #1 dijangka bakal tiba ke pasaran negara ini menjelang akhir tahun 2023. Ia turut ditawarkan dengan versi Brabus yang turut pernah diuji di jalan raya Malaysia dalam artikel terdahulu.

Seperti yang kita ketahui, anak syarikat milik penuh Proton iaitu Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) telah dilantik selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Versi standard smart #1 hanya dikuasakan motor elektrik tunggal yang menjana 272 PS dan 343 Nm daya kilas,manakala versi Brabus menjana output sebanyak 428 PS dengan 543 Nm daya kilas.

Varian ini mempunyai tambahan satu unit lagi motor elektrik di gandar hadapan, dengan pacuan semua-roda (AWD). Ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya 3.9 saat, menjadikannya model smart paling pantas.

smart #1 Brabus menggunakan bateri jenis litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) 66 kWj dengan jarak pemanduan 400 km mengikut kitaran WLTP.

Unit ujian model ‘fastback crossover‘, Peugeot 408 tanpa sebarang pelitup penyamaran dan menggunakan plat perdagangan pernah juga ditemui sebelum ini.

Peugeot 408 telah pun dilancarkan secara rasmi ke pasaran Thailand semasa pameran Bangkok International Motor Show 2023, bulan Mac lalu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Di Thailand, ia hanya ditawarkan dalam versi ‘plug-in hybrid (PHEV)‘ sahaja yang menggabungkan enjin 1.6 liter turbo dengan output 180 PS dan 250 Nm daya kilas bersama motor elektrik berkuasa 110 PS dan 320 Nm daya kilas.

Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 225 PS dan 360 Nm daya kilas yang disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan automatik.

Pek bateri lithium-ionnya pula mempunyai kapasiti 12.4 kWj yang membolehkannya bergerak dengan ‘sifar emisi’ sejauh 63 km.

Bateri ini turut menyokong pengecasan AC sehingga 7.4 kW dan tempoh mengecas hanya mengambil masa 1 jam 55 minit sahaja.

Fastback crossover yang dibangunkan dari pelantar EMP2 Stellantis itu mempunyai ukuran dimensi 4,690 mm panjang, 1,848 mm lebar dan jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,787 mm, hampir sama dengan Citroen C5 X.

Di Thailand, tanda harga untuk model Peugeot 408 ini bermula dari 2,790,000 baht (RM359,527). Adakah model ini akan dipasang secara tempatan (CKD) oleh Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB)? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Zaheen Minhaj

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply