ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki disyaki alami masalah mental ceroboh stesen LRT, cuba cabul wanita

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang disyaki mengalami gangguan mental bertindak agresif menceroboh landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dan cuba mencabul seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, semalam.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, kejadian dilaporkan kira-kira jam 7.58 pagi, membabitkan seorang lelaki bertindak melulu menceroboh landasan LRT menerusi platform 1 ke platform 2.

Suspek kemudian bertindak cuba mencabul seorang wanita yang sedang menunggu tren di platform terbabit.

Ketika kejadian, anggota polis bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas turun ke bahagian bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut kenyataan itu, orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya membantu meleraikan mangsa daripada suspek, namun gagal memberkasnya kerana suspek bertindak agresif.

Suspek kemudiannya bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen. Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri daripada stesen berkenaan jam 8.05 pagi.

Mangsa dan saksi dibawa oleh anggota polis ke balai polis bagi tindakan selanjutnya. Pasukan Polis Bantuan Prasarana bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyiasat dan mengesan sehingga tertangkapnya suspek.

Rapid Rail kesal dengan kejadian yang berlaku dan tindakan segera sudah diambil dengan menambah anggota polis bantuan di stesen-stesen untuk meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti suspek.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, pada jam lebih kurang 9.00 pagi, hari ini, pihak polis mengesan satu rakaman video berdurasi satu minit 10 saat di aplikasi Twitter dimuat naik oleh pemilik akaun ‘localrkyt’.

Rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki bangsa tidak pasti, melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di platform LRT, Stesen Maluri, Cheras.

Hasil semakan mendapati, kira-kira jam 8.49 pagi semalam, polis telah terima satu laporan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun susulan kejadian gangguan seksual berkenaan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki berkenaan, boleh memaklumkan kepada pihak polis di talian Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply