ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada perbincangan turunkan harga RON95 dan diesel – Rafizi Ramli

Berita Tempatan

Views

Tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel buat masa ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar dan tiada sebarang perbincangan berhubung cadangan menurunkan harga RON95 dan diesel.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Dapatan Survei Pendapatan Dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 di Putrajaya, hari ini.

Rafizi berkata, langkah menurunkan harga minyak membabitkan keputusan Kementerian Kewangan (MOF) memandangkan perkara itu membabitkan nilai subsidi.

“Sehingga sekarang iaitu tujuh bulan pelbagai perbincangan berkaitan ekonomi dalam kerajaan, tidak pernah sekali pun disebut mengenai cadangan menurunkan harga bahan api.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tambah Rafizi, mungkin MIDF Research boleh jelaskan di manakah maklumat ini diperoleh.

MIDF Research dalam satu nota penyelidikan minggu ini berkata, kerajaan dijangka mempertimbangkan untuk menurunkan harga runcit bahan api dalam jangka terdekat ini terutamanya RON95 dan diesel, mengambil kira inflasi makanan yang terus meningkat selain tekanan ke atas pendapatan pengguna.

Dalam notanya itu, MIDF Research menganggarkan, jika kerajaan menurunkan harga RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter bulan depan, kadar inflasi utama Malaysia dijangka susut kepada 2.9 peratus bagi 2023 memandangkan inflasi bukan makanan terus menyederhana kepada 1.3 peratus, manakala inflasi pengangkutan akan menguncup sebanyak 1.7 peratus.

Ia berkata, menjelang akhir tahun ini, pemotongan 10 sen itu akan menjadikan kadar inflasi bulanan lebih rendah kepada 1.9 peratus tahun ke tahun, bermakna bahawa kerajaan akan mempunyai tambahan RM4.31 bilion untuk perbelanjaan fiskal, yang boleh digunakan untuk matlamat lain.

Selain itu, kerajaan akan mempunyai ruang fiskal yang lebih baik, memandangkan bahawa nisbah hutang fiskal berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah susut kepada 59.3 peratus pada suku pertama 2023, dan dengan mengambil kira liabiliti luar jangka, angka terkini adalah 76.1 peratus.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Firma penyelidikan itu berkata, ia turut menjangkakan bahawa subsidi bersasar membabitkan bahan api terutama untuk RON95 dan diesel tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Berdasarkan andaian harga minyak AS$80 setong, pihaknya menganggarkan harga pasaran untuk RON95 ialah RM3.10 seliter.

Dalam kata lain, jika mengapungkan sepenuhnya harga untuk RON95 akan menyebabkan kenaikan harga lebih daripada 50 peratus yang akan mempunyai lonjakan besar yang ketara dalam data Indeks Harga Pengguna (IHP).

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM42 bilion untuk subsidi bahan api pada tahun lalu, merangkumi sebahagian besar daripada perbelanjaan subsidi keseluruhan.

Pada Februari 2021, kerajaan bersetuju menurunkan had harga siling baharu bagi produk petrol, RON95 pada RM2.05, manakala diesel pada RM2.15 seliter.

Penetapan harga siling itu adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara di peringkat global. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Utusan Malaysia

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply