ARKIB

KATEGORI

Buletin

PHSAM lancar Pelan Pengiktirafan Audi untuk kenderaan import terpakai

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) dalam usahanya untuk menyokong kenderaan kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.

Pelan memberikan pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi (Audi Insurance Plan), Pakej Pembaikan Audi (Audi Repair Package) dan Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos (Beyond Economic Repair Support).

Kesemua pelan tersebut merangkumi penggunaan alat ganti tulen, penyelenggaraan, pembaikan dan servis untuk memberi pengalaman lebih baik kepada pelanggan.

Kenderaan yang dibeli daripada pengimport parallel terlebih dahulu perlu dinilai secara percuma menerusi Pemeriksaan Kondisi Audi (ACC) 300 titik Audi yang terperinci di mana-mana Audi Centre.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bergantung kepada keputusan pemeriksaan, para pemilik kemudian boleh mendaftar dengan Pelan Pengiktirafan Audi yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Pakej Audi Plus menawarkan penjimatan ke atas servis, pembaikan, alat ganti dan penyelenggaraan untuk kenderaan yang berusia 5 tahun dan ke atas. Selepas mendaftar, pemilik akan menerima 3 baucar yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun yang menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus ke atas servis penyelenggaraan serta Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan dari tempoh penebusan baucar tersebut.
  • Pelan Insurans Audi menawarkan pelbagai kelebihan, antaranya keutamaan dalam kelulusan tuntutan, Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma selama 12 bulan untuk kereta berusia lebih 5 tahun serta jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan akan dibuat di pusat badan dan cat sah Audi oleh juruteknik bertauliah. Ia selari dengan standard pembaikan global Audi dan hanya alat ganti tulen Audi digunakan. Rakan-rakan penginsurans terdiri daripada Allianz General Insurance Berhad, MSIG Insurance (M) Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
  • Pakej Pembaikan Audi menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus ke atas beberapa barangan seperti set brek, penyerap hentak, galas (bearing) dan tali sawat pemasaan untuk kenderaan berusia 6 tahun dan ke atas.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

  • Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas alat-alat ganti terpilih yang rosak teruk akibat insiden tidak diingini. Program ini membolehkan para pelanggan membaiki kenderaan mereka agar kembali berada dalam kondisi terbaik selepas menjalani penilaian sewajarnya oleh juruteknik serta rakan Badan dan Cat terlatih Audi, sebelum sebarang kerja pembaikan boleh dimulakan.

Bukan itu sahaja, Audi juga akan melancarkan aplikasi pintarnya tidak lama lagi untuk menawarkan akses pelbagai ciri yang direka untuk semua pemilik kenderaan Audi termasuk kenderaan import terpakai.

Aplikasi ini merangkumi pencarian stesen pengecasan EV terdekat, membuat temu janji servis atau menerima berita dan kemas kini terbaharu, pelanggan akan mempunyai lebih kawalan terhadap pengalaman pemilikan dan pemanduan mereka.

Pemilik kenderaan Audi yang berminat boleh mendaftar di https://myaudiworldapp.com.my/pre-launch.
Maklumat lanjut mengenai Pelan Pengiktirafan Audi, layari www.audi.com.my atau Audi Centre.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply