ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki mabuk pandu lawan arus hingga akibatkan kemalangan maut ditahan

Berita Tempatan

Views

Malam tadi tular di laman sosial beberapa foto dan video yang memaparkan kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Pintasan Kuantan. Menerusi video yang kami kongsikan awal pagi tadi, jelas memperlihatkan ‘aksi gila’ sebuah kenderaan jenis SUV yang dipandu secara melawan arus pada kelajuan tinggi yang akhirnya bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Astro Awani melaporkan, seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bertugas syif malam maut dalam kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota C-HR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.  Kenderaan itu turut dipandu secara merbahaya dan telah mengakibat beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak dari bertembung.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala suspek yang cedera di bahagian kaki turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan lanjut. Polis juga telah menahan suspek untuk direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply