Hari ini tular satu rakaman video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang menyimbah air ke arah seorang jurutol di plaza tol Lebuhraya Kesas. Kejadian yang berlaku pada siang tadi itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata berang dan mengecam tindakan dengan biadap lelaki tersebut. Kisah disebalik kejadian ini telah diceritakan oleh mangsa yang dikenali sebagai Faten menerusi akaun Instagram miliknya.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
Menurut Faten, lelaki yang memandu Perodua Bezza dengan nombor pendaftaran VEN 7910 itu dilihat memasuki lorong pondok tol yang dikendalikan olehnya pada jam 7.30 pagi untuk menambah nilai. Jelas Faten, lorong tersebut hanyalah untuk kegunaan Touch ‘n Go sahaja dan urusan untuk menambah nilai boleh dibuat di lorong sebelah. Namun lelaki itu tetap berdegil untuk menambah nilai dan berkata dia telah membaca papan tanda sebelum memasuki plaza tol.
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
Faten hanya meminta lelaki itu membayar RM2.00 sahaja namun dia masih berkeras, untuk menambah nilai kerana di plaza tol seterusnya tiada tempat untuk berbuat demikian. Menurut Faten, dia berkata pada lelaki itu jika masih ingin menambah nilai supaya meletakkan kereta di situ dan berjalan ke lorong tambah nilai. Tetapi lelaki itu tidak berpuas hati lalu dia keluar dari keretanya dan menjenguk ke dalam pondok tol sambil berkata, biasanya lorong tambah nilai berada di bahagian tepi.
Kemudian lelaki itu menambah nilai dan meneruskan perjalanan, namun dia kembali semula ke pondok tol tersebut kira-kira jam 9.20 pagi dengan membawa sebungkus air. Sambil menyedut minuman, lelaki itu berkata kepada Faten, ‘lain kali jangan suka-suka nak kenakan orang’, lalu menyimbah minuman tersebut ke arahnya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
KOMEN TERKINI