ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki tendang motosikal pengguna jalan raya lain dikecam warganet

Tular

Views

Seorang lelaki menerima kecaman di media sosial gara-gara perbuatan dirinya menendang pengguna motosikal lain ketika berada di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_, kelihatan lelaki yang membawa motosikal berwarna merah menendang sebuah motosikal berwarna biru sehingga hampir jatuh.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Saya ada dekat situ dan nampak. Yang ditendang bukan orang tua tapi dua budak muda macam sekolah menengah atau pelajar universiti (motosikal berwarna biru).

“Lelaki yang menendang itu pula (motosikal berwarna merah) nampak seperti lingkungan 30-an,” ciap seorang wanita dipercayai merupakan saksi kejadian.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1,025 perkongsian, dan 1,274 tanda suka sejak dimuat naik malam tadi.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang marah dengan tindakan inidvidu berkenaan kerana boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Kalau marah sekalipun, tidak ada haK dia untuk tendang sampai macam itu sekali,” komen Maisarahsuf. “Tolonglah kalau marah macam mana sekalipun, jangan buat sesuatu yang sampai mengancam nyawa orang,” ciap Maya Rahim.

“Haih, berapa kali ulang tengok video ini. Kalau nak buat buruk dekat orang, cuba bayangkan itu ahli keluarga awak. Apa yang awak rasa?,” komen seorang pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply