ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki warga China ‘kena seret Myvi’ ditahan polis, cuba lari dari orang awam

Tular

Views

Seorang lelaki yang dilihat berpaut pada sebuah Perodua Myvi sebelum diseret dalam video yang tular di media sosial, ditahan polis awal pagi tadi.

Menurut Berita Harian, lelaki warga China ditahan untuk siasatan lanjut selepas mendakwa dirinya diancam orang awam semasa berada di lokasi kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah sekolah Cina di Jalan Imbi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam video yang tular memaparkan seorang lelaki sedang cuba berpaut pada pemegang pintu belakang sisi kiri Perodua Myvi.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Jelasnya, kejadian itu berlaku selepas kemalangan, di mana pejalan kaki warga China cuba masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan.

Pejalan kaki itu dibawa anggota unit kereta peronda MPV ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tujuan dokumentasi kerana mengadu diancam orang awam semasa di lokasi kemalangan terbabit.

Mengulas kemalangan itu, beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 pagi tadi membabitkan dua kereta iaitu Proton Exora dan Toyota Vios, serta dua motosikal dan seorang pejalan kaki.

Katanya, Proton Exora yang berada di lorong tengah membrek secara mengejut kerana mengelak seorang lelaki yang tiba-tiba melintas jalan, pada masa Toyota Vios datang dari belakang namun sempat memberhentikan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Tiba–tiba sebuah motosikal dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar Toyota Vios dan terbabas sebelum melanggar Proton Exora. Sebuah lagi motosikal datang dari arah sama kemudian merempuh motosikal yang terbabit kemalangan lebih awal itu.

Sarifudin berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal jenis Yamaha mengalami luka pada muka, manakala penunggang motosikal sebuah lagi motosikal patah kaki kiri.

Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital HUKM Cheras, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan.

Kes kemalangan ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1978 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

fff

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply