ARKIB

KATEGORI

Buletin

Team Black Mamba PDRM bantu lancarkan aliran trafik sepanjang sambutan Aidiladha

Berita Tempatan

Views

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengaktifkan Team Black Mamba bagi menumpukan aspek rondaan kesesakan dan keselamatan jalan raya sepanjang perayaan Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, penubuhan pasukan itu adalah respons kepada penyuraian aliran trafik di lebuh raya utama yang mengalami kesesakan luar biasa.

Ujar beliau, Team Black Mamba dijenamakan semula bagi Team Task Force JSPT yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Unit Risikan/Operasi atau Skuad 42.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Unit ini dilatih khas dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan pelbagai tugas melibatkan pelbagai elemen dalam JSPT.

Menurut beliau, aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Team Black Mamba terdiri daripada dua pegawai kanan dan 22 anggota dengan menggunakan aset motosikal berkuasa tinggi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Antara tugas yang dijalankan adalah risikan tentang segala elemen yang melibatkan jenayah trafik, menjalankan operasi terancang, menjalankan tugas-tugas mengiring, membuat pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan.

Tegasnya, JSPT pada segenap masa sentiasa bersiap sedia bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna jalan raya dan lebuh raya.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply