ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus lancar LM 350 – Alphard bangsawan taraf ‘Papa Megah Holdings’, harga RM1.148 juta

Berita Tempatan

Views

Lexus Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan Lexus LM 350 yang ditakrifkan sebagai “Pengangkut Mewah”. MPV bangsawan ini hanya ditawarkan dengan satu versi, iaitu empat-tempat duduk dengan harga jualan RM1,148,000 atas jalan, tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia.

Menurut Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K., Lexus LM 350 telah mentakrifkan dirinya dalam segmen MPV mewah dengan menawarkan pengalaman luar biasa ketelitian kenderaan mewah yang tiada tandingan. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Inabe, Jepun ini turut ditawarkan dengan jaminan komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan dan hanya akan sampai ke tangan pemiliknya awal Julai nanti.

Hanya dua pilihan warna ditawarkan — hitam dan juga White Pearl Crystal Shine. LM 350 dijana dengan enjin 3.5 liter quad cam yang menghasilkan output 296 kuasa kuda dengan 361 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi automatik direct shift lapan-kelajuan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Lexus LM 350 juga dilengkapi dengan teknologi penyerap hentak dengan injap ayun (swing valve) yang mampu mengawal aliran minyak dengan cekap dan membolehkan kenderaan cepat bertindak balas.

Apa ciri-ciri menarik Lexus lancar LM 350, Alphard mewah taraf ‘Papa Megah Holdings’ ini?

  • Jeriji rekaan gelendong (spindle) kemasan krom bersaiz besar yang turut menjadi bingkai lampu depan projektor LED 3-tahap ultra kompak.
  • Rim aloi bersaiz 18-inci dengan rekaan pengurangan bunyi bersama kemasan metalik krom.
  • LM 350 menampilkan definisi Omotenashi, kehalusan kesenian Jepun dalam memberi pengalaman dan kemesraan luar biasa.
  • Kerusi lounge VIP dengan kusyen Adaptipedic dan tempat rehat kaki dengan fungsi urutan bersama ciri penyejukan dan pemanasan.
  • Panel kaca tengah unik diperbuat daripada bahan partikel elektronik yang boleh dinaikkan dengan satu sentuhan selain menawarkan pengasingan bunyi.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

  • Sistem audio Mark Levinson dengan 19-pembesar suara.
  • Panel paparan 24-inci definisi tinggi dengan pelbagai fungsi main balik.
  • Rak majalah boleh lipat serta kubikel besar di bahagian sisi.
  • Peti sejuk mini binaan dalam.
  • Skrin sentuh 12.3-inci di bahagian pemandu dengan kawalan yang diaktifkan melalui pad sentuh, Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi keselamatan, LM 350 dibekalkan oleh Lexus Safety System+ (LSS+) yang meliputi ciri-ciri seperti sistem pra-perlanggaran, kawalan jelajah radar dinamik dengan fungsi mula/henti, bantuan berlepas laluan dengan pemantau titik buta, sistem lampu tinggi adaptif, amaran lintasan trafik belakang dan lain-lain lagi. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan tujuh beg udara termasuk beg udara tirai.

Timbalan Ketua Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama berkata, dengan menerapkan pendekatan inovatif Lexus dalam pembuatan kenderaan, teknologi canggih dan terkini serta kemahiran halus Takumi, model ini menyerlahkan ekspresi segar bagi sebuah model mewah yang unggul.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply