ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang

Berita Tempatan

Views

Sebanyak tujuh kes pokok tumbang dilaporkan di sekitar bandar raya ini petang tadi, termasuk satu kes mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal lelaki yang juga penghantar makanan Grab Food, di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, di Kuala Lumpur.

Menurut Berita Harian, kejadian pokok tumbang dilaporkan akibat hujan lebat di beberapa lokasi sekitar ibu negara sejak jam 4 .15 petang. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata kejadian pokok tumbang turut mengakibatkan tiga wanita yang berada dalam kenderaan terselamat.

Lokasi lain kejadian pokok tumbang adalah di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam; Kampung Padang Merbuk; Jalan Melati, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)-Hulu Klang; kawasan berhampiran Wisma Tani, Jalan Bukit Tunku dan Jalan Tijani, Bukit Tunku.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Sejak jam 4.30 petang tadi sehingga jam 6 petang, pihak bomba melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang seterusnya memastikan setiap kawasan dalam keadaan selamat. Menurut kenyataan itu lagi, ada antara pokok tumbang yang menghalang lalu-lintas sehingga menyebabkan kesesakan.

Katanya, antara Balai Bomba Penyelamat (BBP) yang terbabit dalam operasi menyelamat ini adalah BBP Cheras, BBP Wangsa Maju, BBP Pantai, BBP Seputeh, BBP Sentul, BBP Gombak Selatan, BBP Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas.

Sementara itu dalam kejadian di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras, di sini, seorang penghantar makanan berusia 20 tahun maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat. Lelaki berusia 20 tahun itu diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Damai.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, yang menerima maklumat mengenai kejadian itu mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Cheras ke lokasi kejadian pada jam 4.19 petang.

Sebaik tiba di lokasi pada jam 4.28 petang, pasukan bomba diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang seterusnya memastikan kawasan dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu tular video dan gambar mangsa dibawa oleh orang ramai dalam keadaan hujan lebat ke arah Petronas sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply