ARKIB

KATEGORI

Buletin

KKM cadang tangguh rentas negeri untuk sambut Raya

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguhkan. Menurut Berita Harian, perkara itu telah dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Selain itu, beliau berkata, bazar Ramadan juga akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar. Pada Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM perlu membuat pengumuman lebih awal berhubung rentas negeri sempena perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata, ia berikutan keputusan sama ada membenarkan atau tidak orang ramai melakukan rentas negeri ketika perayaan itu adalah atas nasihat kementerian berkenaan. Katanya, isu rentas negeri untuk pulang beraya adalah perkara utama khususnya apabila Ramadan tiba.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Beliau berkata, apabila mereka (KKM) membuat penilaian risiko, mereka tahu sekiranya dibuka, apakah risikoatau kesannya. Jadi pihaknya hanya menunggu keputusan daripada KKM sama ada boleh atau tidak merentas negeri sempena Aidilfitri nanti.

Tambah Ismail Sabri, KKM perlu berhati-hati kali ini memandangkan terdapat 31 kluster balik kampung, selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri. Kata beliau lagi, pihaknya akan mengumumkannya dalam waktu terdekat kerana mereka tidak mahu mengganggu orang balik kampung, mahu membeli tiket pesawat atau bas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Borneo Post

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply