Kerajaan Pahang bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti usaha untuk membangunkan semula litar drag Pekan Speedway Circuit yang terletak berhampiran Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan yang sudah tidak beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, usaha ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menyediakan platform kepada peminat aktiviti permotoran khususnya di kalangan anak muda di di Pahang.
“InsyaaAllah Kerajaan Negeri Pahang bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk MAM, Pejabat Daerah Pekan, Majlis Perbandaran Pekan (MPP) dan juga KBS untuk memastikan hasrat ini tercapai.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Ini hasrat Kerajaan Negeri untuk menyokong minat anak muda dalam sukan permotoran itu sendiri dan daripada ‘survey‘ (tinjauan) yang kita buat minat ini semakin bersemarak sebenarnya di kalangan anak muda jadi sudah sampai masa Kerajaan Negeri sediakan lokasi yang sesuai untuk menyokong minat anak muda ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke tapak drag di Pekan Speedway Circuit di Pekan, semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, YBrs Encik Mua’zamir Jili, Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkifli, Timbalan Presiden Motorsports Association of Malaysia (MAM), YH. Dato’ Mohammed Rhiza Ghazi, wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan wakil Majlis Perbandaran Pekan (MPP).
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pekan Speedway Circuit yang telah menelan belanja RM3 juta itu mula dibina pada tahun 2014 hingga 2017 dengan keluasan tapak 400 meter panjang dan 40 meter lebar.
Justeru, satu perbincangan telah dilakukan bagi memanjangkan litar tersebut untuk meningkatkan kriteria keselamatan pengguna.
Jelasnya, usaha bersepadu amat diperlukan bagi memastikan Pekan Speedway Circuit dapat memulakan operasi semula sekaligus menjadi tarikan kepada anak muda yang meminati sukan permotoran. – PAHANGMEDIA
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Pahang Media
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI