ARKIB

KATEGORI

Buletin

Logo baharu Proton bakal diperkenal dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Proton dijangka membuat satu pengumuman besar dalam masa terdekat dan menurut risikan dari ejen Mat Bond, mereka berkemungkinan bakal memperkenalkan logo baharu. Desas-desus mengenai perkara itu telah kami war-warkan dalam artikel sebelum ini dan ia telah menjadi tular di laman-laman sosial.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Menurut Mat Bond, Proton kini sedang mengira detik untuk melangkah ke satu fasa baharu sebagai sebuah jenama sejak melakukan tranformasi bersama rakan strategik asing mereka, Geely Holding Group. Mungkin itu ‘petunjuk’ kepada perubahan sesuatu yang melibatkan jenama mereka dan mungkin ia ada kaitan dengan pengenalan logo serta identiti korporat baharu.

Kami tidak dapat membayangkan bagaimana rupa logo tersebut yang masih lagi diklasifikasikan sebagai ‘rahsia sulit’, namun Mat Bond berkata logo itu nanti tidak lagi menggunakan bentuk perisai dan hanya tinggal bulatan serta kepala harimau yang diolah semula dengan lebih ringkas dan moden.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Percubaan awal kami membuat gambaran logo itu juga telah mendapat banyak reaksi negatif dari warganet yang rata-rata masih mahu Proton mengekalkan reka bentuk logo sedia ada. Disebabkan pengasas laman web ini ada kepakaran dalam bidang grafik, jadi beliau telah mengolah kembali rekaan sebelum ini.

Tagline Proton juga dijangka bertukar dari “It’s in the drive” pada ketika ini kepada “Inspiring Connections“.  Apa pun, nantikan pengumuman tersebut yang dijangka dibuat pada minggu hadapan. Kami berharap logo baharu itu nanti mampu memberikan impak kepada jenama Proton untuk terus mengorak langkah melangkah ke masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply