ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

Proton bakal perkenal logo baharu?

Spekulasi

Views

Mat Bond yang kini sedang bercuti sempat lagi menghantar satu isyarat ‘ping’ terbaharu kepada kami. Katanya, terdapat desas-desus mengatakan, pengeluar kereta nasional Proton bakal memperkenalkan logo baharu mereka tidak lama lagi. Lagipun tahun ini boleh dikatakan musim syarikat besar menukar logo baharu, termasuklah Volkswagen dan Lazada.

Kali terakhir Proton memperkenalkan identiti baharu mereka adalah pada tahun 2016 dan besar kemungkinan pengenalan logo baharu ini nanti bakal menandakan permulaan era baharu mereka bersama rakan strategik asingnya, Geely.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Kami menjangkakan besar kemungkinan logo tersebut bakal diperkenalkan serentak dengan pelancaran model X70 CKD yang dijangka pada bulan November nanti. Jika anda perhatikan kepada beberapa siri foto intipan X70 CKD dalam artikel terdahulu, bahagian berlogo pada unit ujian tersebut ditutup  rapi dengan pelekat pada beberapa bahagian tertentu seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

Apa yang bakal berubah pada logo baharu Proton nanti?

Menurut Mat Bond, logo baharu itu nanti akan kelihatan lebih ringkas dan tiada lagi bentuk seperti muncung keris/perisai yang sebelum ini ada pada logo sedia ada. Yang tinggal kini hanyalah bulatan dan kepala harimau yang diolah semula kepada bentuk yang lebih moden.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Ia masih mengekalkan bentuk 3 dimensi seperti logo semasa dan dikatakan ia lebih menonjol apabila dijadikan sebagai emblem. Dengan sedikit kepakaran dalam bidang grafik, kami cuba memberi gambaran secara kasar mengenai reka bentuk logo baharu itu.

Kami yakin logo sebenar akan jauh lebih baik dan menarik berbanding dengan gambaran digital ini nanti. Sekali imbas logo baharu Proton ini mengingatkan kami kepada logo pada kereta sport model konsep Lekir yang dipertontonkan semasa KLIMS10.

Apapun, ia hanyalah spekulasi buat masa ini dan kami akan cuba ‘menggali’ lebih info lagi dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply