ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori kontena terbalik rempuh pagar IPD Tapah, seorang anggota polis cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang anggota polis cedera ketika bertugas selepas sebuah lori kontena merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di Tapah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.25 pagi itu menyebabkan Lans Koperal Jovie a/l Jihom, 23, terperangkap di dalam pos pengawal itu sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, anggota tersebut yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan sebelah kiri dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, lori kontena muatan kerusi permainan itu dalam perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur sebelum terbabas dan merempuh pagar utama serta pos pengawal.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Lori tersebut kemudiannya terbalik manakala pemandu lori kontena itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tapah untuk menjalani ujian air kencing.

Wan Azharuddin berkata, rempuhan itu juga turut menyebabkan dua motosikal dan sebuah Land Rover polis rosak. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori akan direman untuk membantu siasatan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply