ARKIB

KATEGORI

Buletin

Utama Motors anjur himpunan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport terbesar, bakal diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

Berita Tempatan

Views

Pengedar kenderaan impot mewah, Utama Motors Sdn. Bhd. baru-baru ini mengumumkan pihaknya bakal menganjurkan acara ‘Adrenaline Rush Track Day 2023‘ (ART Day 2023).

Acara yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab U Supercars itu, bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan turut disokong oleh Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

Menurut Pengarah Urusan Utama Motors, Datuk Marof Khan bin Mohamed Idris, acara ini bakal disertai lebih 400 pemilik kereta berkuasa tinggi dan kereta sport.

Ia merupakan himpunan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini, yang bakal menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Tambah beliau, selain perarakan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport, lebih 200 pemilik motor Harley-Davidson akan turut serta memeriahkan perarakan ART Day 2023 nanti.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Penglibatan Utama Motors dan FS Bikes dalam industri kenderaan impot membuka peluang kepada mereka untuk membina hubungan erat dengan komuniti pemilik-pemilik kereta dan motor berkuasa tinggi.

Selain Utama Motors, antara syarikat-syarikat lain yang terlibat adalah Liberty Insurance, EZCare Warranty, PEKEMA Auto Club, Warranty Smart, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services.

Acara ini turut disokong oleh SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club, Majlis Belia Malaysia dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi.

Bukan itu sahaja, acara Time Attack turut diadakan bagi memberi peluang kepada pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi, kereta sport mahupun motor Harley-Davidson yang berminat untuk merasai pengalaman memandu di atas trek dan menguji ketahanan kenderaan mereka.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara perarakan mahupun Time Attack, sila hubungi talian 017-4619985 atau hantarkan emel ke [email protected].

Yuran penyertaan serendah RM120 dikenakan bagi kategori perarakan untuk kereta berkuasa tinggi dan kereta sport, manakala untuk kategori perarakan motosikal Harley-Davidson, yuran penyertaan adalah sebanyak RM150, termasuk sehelai t-shirt dan makan malam.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bagi kategori Time Attack pula, yuran penyertaan adalah RM800 beserta t-shirt dan makan malam untuk kategori kereta berkuasa tinggi dan kereta sport, manakala untuk kategori motosikal Harley-Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM380, termasuk sehelai t-shirt dan makan malam.

Melalui acara Time Attack, hadiah bernilai hampir RM80,000 yang berupa wang tunai, piala dan baucar pembelian untuk kegunaan di Utama Motors & FS Bikes ditawarkan bagi mereka yang menyertai acara tersebut.

Selain itu, ART Day 2023 yang dibuka kepada orang ramai turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah berupa topi keledar motosikal, baju eksklusif Harley-Davidson dan bermacam-macam lagi. Turut diadakan adalah persembahan pentas daripada barisan artis tanah air.

Terdapat lebih 20 pengendali kendera saji dengan sajian juadah tempatan dan antarabangsa yang boleh dikunjungi sekiranya pengunjung-pengunjung ingin menjamu selera.

Orang ramai yang berminat untuk ke ART Day 2023 boleh mendapatkan tiket berharga RM29 bagi orang dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak yang mula dijual menerusi www.ticket2u.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai ART Day 2023, layari akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok @utamamotors_.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply