ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lorong Tambah Nilai di plaza tol PLUS ditutup sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan media mengumumkan yang mereka akan menutup kesemua operasi Lorong Tambah Nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai 22 Januari hingga 3 Februari 2020 bagi membantu melancarkan pergerakan trafik pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina 2020 tidak lama lagi.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Langkah yang lazimnya dilaksanakan pada setiap musim perayaan adalah untuk membantu mengurangkan kesesakan disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol. PLUS menasihatkan agar pelanggan terlebih dahulu merancang perjalanan mereka dan yang paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal selain memastikan baki kad mereka mencukupi.

Pada musim perayaan kali ini, sebanyak 2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan lebuh raya PLUS terutama sekali pada waktu puncak iaitu pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Januari serta 1 Februari yang akan datang.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Oleh yang demikian, pergerakan di plaza tol dijangka akan terjejas jika terdapat pelanggan yang terkandas dan mempunyai baki Touch ‘n Go tidak mencukupi. Sekiranya perkara ini berlaku, sudah pasti ianya menganggu keselesaan dan kelancaran perjalanan pelanggan yang lain. PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Namun begitu, terdapat kira-kira 11,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go telah tersedia di seluruh negara dan antaranya di 34 stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya PLUS, 67 Kiosk Layan Diri yang terdapat di Kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan di plaza-plaza tol yang terpilih. Selain itu, orang ramai boleh menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di plaza tol terpilih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply