ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua catat rekod jualan tertinggi dalam sejarah – 240,341 unit berjaya dijual pada 2019

Berita Tempatan

Views

Perodua bukan sekadar mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia, malah turut berjaya memecahkan rekod jualan tahunannya, iaitu 227,243 unit pada 2018, dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019. Kejayaan ini didorong oleh permintaan tinggi untuk semua modelnya iaitu Alza, Aruz, Bezza, Axia dan Myvi.

Mengulas mengenai kejayaan ini , Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pencapaian ini adalah di luar jangkaan dan syarikat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka. Tambah beliau, Perodua menjangkakan prestasi jualan tahun ini setanding dengan tahun lepas dengan sasaran jualan 240,000 unit.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (naik 5.8 peratus) berbanding 2018, sekali gus menjadi angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat tersebut. Berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 604,775 unit, Perodua menguasai hampir 40 peratus pasaran Malaysia, berbanding 38 peratus tahun sebelumnya.

Semua model Perodua juga menjadi peneraju segmen masing-masing pada 2019, termasuklah Aruz yang menjadi SUV terlaris negara dengan jualan 30,115 unit. Setakat ini, lebih 2,000 unit Bezza 2020, yang dilancarkan dua minggu lalu, telah diserahkan kepada pemiliknya.

Sebanyak 15,000 tempahan telah diterima termasuk 8,000 unit untuk model sebelumnya yang bakal ditukar kepada model terkini. Datuk Zainal berkata, Perodua menganggarkan kira-kira 13,000 tempahan dari tahun lepas yang belum dipenuhi dan mereka kini sedang berkeja keras untuk menyerahkan kenderaan secepat mungkin.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Perodua menyasarkan peningkatan pengeluaran sebanyak 4 peratus ke 254,000 unit daripada 244,400 unit pada 2019. Angka ini merangkumi pengeluaran untuk eksport dan penyimpanan stok untuk 2021. Selain itu, Perodua turut menjangkakan perbelanjaan RM6 bilion tahun ini untuk pembelian komponen tempatan, berbanding RM5.4 bilion tahun lepas.

Dari segi eksport 2019, Bezza menjadi sedan bawah-1.0 liter terlaris di Sri Lanka, manakala Perodua memasuki pasaran baharu, Seychelles. Meskipun eksport Perodua kekal berskala kecil pada kira-kira 2,800 unit tahun lepas, mereka akan terus berusaha untuk membina jenama di peringkat global

Dari sudut selepas jualan, Perodua menyaksikan 2.35 juta pengambilan servis pada 2019 melalui 186 pusat servisnya di seluruh negara – kenaikan 8.3 peratus berbanding 2.17 juta pengambilan servis pada 2018. Datuk Zainal menambah bahawa Perodua akan terus bekerjasama dengan para pengedarnya, yang kini membentuk 75 peratus daripada rangkaian jualan dan servisnya, untuk menaik taraf dan melabur untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply