ARKIB

KATEGORI

Buletin

Luar bandar Sabah, Sarawak guna tenaga solar dilengkapi bateri EV – Zahid

Berita Tempatan

Views

Satu sistem baharu pembekalan elektrik luar bandar menggunakan tenaga solar yang dilengkapi bateri untuk kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sistem menggunakan teknologi baharu itu akan menggantikan sistem tenaga solar yang digunakan sebelum ini di kawasan luar bandar kedua-dua negeri.

Beliau mengakui, bateri adalah masalah utama sistem tenaga solar sebelum ini termasuk pergantungan kepada hanya satu pembekal untuk penukaran bahan itu menyebabkan ia tidak praktikal.

Pemasangan panel solar (di Sabah dan Sarawak) sudah dilakukan lebih sedekad lalu, tetapi oleh kerana sistem penukaran bateri diberikan satu pihak sedangkan kawasan Sabah dan Sarawak ini terlalu luas, maka ianya tidak praktikal dan mengambil masa dan akhirnya kawasan yang menggunakan tenaga solar mengalami kegelapan lebih lama.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Oleh itu, satu sistem baharu perlu diwujudkan untuk kaedah menggantikan bateri ini dengan bateri baharu sebagai mana bateri EV.

Beliau berkata demikian, selepas menyempurnakan penutupan Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik, di Kota Kinabalu, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, teknologi baharu tenaga solar untuk luar bandar Sabah dan Sarawak bakal membawa perubahan dalam pembekalan elektrik menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Malah, beliau berkata bateri EV yang akan digunakan dalam sistem baharu tenaga solar itu mempunyai jangka hayat lebih lama, dengan pembekal bateri untuk sistem tenaga solar yang akan dilaksanakan akan ditambah dan diletakkan di beberapa kawasan berbanding hanya satu yang digunakan sebelum ini.

Mengenai pembangunan koperasi belia, Ahmad Zahid berkata, kerajaan menggalakkan golongan muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan termasuk melalui koperasi bagi menjana pekerjaan dan pendapatan.

Katanya, pembabitan mereka bukan setakat diperlukan dalam negara, malah boleh dikembangkan ke peringkat serantau dan antarabangsa sejajar perkembangan semasa aktiviti koperasi.

Gerakan koperasi walaupun sudah lama di Malaysia, tetapi kita mesti berada selangkah ke hadapan berbanding negara lain sejajar hasrat Perdana Menteri menjadikan negara ini sebagai harimau ekonomi di rantau ini. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ewon Benedick Official Media

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply