ARKIB

KATEGORI

Buletin

Karya kanak-kanak 9 tahun bakal dipaparkan pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga Edisi Terhad

Berita Tempatan

Views

Ibarat mimpi menerima gelaran “pertama di dunia” menjadi realiti. Kanak-kanak berusia 9 tahun dari Pulau Pinang, Saw Jane Harn, telah diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-Kanak 2023, semalam.

Ini sekali gus menjadikannya sebagai kanak-kanak pertama yang mencipta sejarah apabila karya rekaan tangannya digunakan sebagai pek bungkusan model kereta permainan (diecast) Hot Wheels.

Rekaannya akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal berada di pasaran di seluruh negara pada tahun 2024.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia, Hot Wheels® dan Proton melancarkan prototaip kolaborasi pertama mereka iaitu model kereta permainan Hot Wheels skala 1:64 inspirasi kereta nasional pertama Malaysia, iaitu Proton Saga ikonik 1985, pada tahun lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mattel Malaysia sebagai pengeluar tunggal akan membawa Hot Wheels Proton Saga ke persada pentas global selepas ia menjadi antara koleksi individual Hot Wheels dengan jualan terlaris di dunia.

Tahun ini, Hot Wheels dan Proton membawa kolaborasi mereka ke tahap seterusnya menerusi pengumuman Pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-Kanak.

Kanak-kanak di seluruh pelusuk negara diundang untuk menyertai inisiatif bersejarah ini dengan mereka bentuk kad pek blister yang mencerminkan nilai “Kereta Nasional Malaysia” untuk dipaparkan pada produk edisi istimewa tersebut.

Lebih 386 peserta cilik berumur 4 hingga 12 tahun menghantar penyertaan, menumpahkan warna-warna patriotisme biru, putih, merah dan kuning yang tersendiri.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Berikut adalah senarai pemenang dari tempat pertama hingga ketiga:

  • Tempat pertama – Saw Jane Harn, 9
  • Tempat kedua – Ezra Rehan Pal, 11
  • Tempat ketiga – Austin Goh Zi Hao, 11

Ilham rekaan Saw meraikan kepelbagaian nilai alam dan kegemilangan Malaysia, daripada enggang badak dan bunga raya, burung dan bunga kebangsaan, kepada Tugu Negara.

Tiga pemenang utama dan tiga pemenang saguhati pertandingan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai, produk-produk Hot Wheels, koleksi Edisi Terhad Hot Wheels, serta pengalaman sesi temu mesra bersama Matt Gabe, Ketua Pereka Pek Bungkusan Hot Wheels, yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.

Para peminat kereta di Malaysia dan seluruh dunia bakal menantikan keluaran Hot Wheels Proton Saga yang dijadualkan memasuki pasaran di lebih 150 negara bermula Disember 2023.

Hot Wheels Proton Saga Edisi Terhad dengan pek bungkusan rekaan pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-Kanak pula akan mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2024 di kedai-kedai permainan utama, gedung beli-belah, pasar raya besar, kiosk stesen minyak, pembelian talian, dan kedai-kedai serbaneka di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply