ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu degil, Suzuki APV ‘sangkut’ lalu jalan konkrit belum kering

Berita Tempatan

Views
@khairulbahari23 ♬ Loh Eh Eh Kocak – Ari Rubiyanto

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Suzuki APV tersangkut selepas pemandunya nekad melalui jalan konkrit yang masih dalam pembinaan, lapor laman berita Liputan 6.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @khairulbahari23. Berdasarkan rakaman tersebut, kelihatan beberapa pengguna jalan raya berkumpul untuk melihat sebuah MPV tersangkut dalam bancuhan konkrit yang masih belum kering.

Malangnya, tiada seorang pun daripada mereka yang mahu membantu mengalihkan kereta tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pemandunya dilihat berusaha mengalihkan kenderaannya namun keempat-empat tayarnya sudah tersekat dan tidak dapat digerakkan, manakala asap dilihat naik ke udara.

Video itu mendapat perhatian wargamaya di ruangan komen. “Pemandu itu terlalu ‘bijak’, jadi dia nekad melalui jalan itu,” komen seorang wargamaya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply