ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lumba haram di Lebuh Raya DASH – Dua mekanik dicekup, Proton Satria kena rampas

Berita Tempatan

Views

Dua mekanik dicekup selepas berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Shah Alam, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira pukul 11.49 malam sekitar daerah ini selain merampas dua kereta jenis Proton Satria digunakan mereka.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati perlumbaan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam dengan melibatkan enam kereta jenis Proton Satria.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Katanya, mereka berlumba dari Plaza Tol Denai Alam sehingga ke Kilometer (km) 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH.

Mereka juga berlumba dengan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam. Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua kilometer.

Kosmo! difahamkan perlumbaan tersebut lebih kepada kepada menguji jentera masing-masing tanpa tawaran sebarang hadiah. Mohd. Iqbal menambah, pihaknya kini mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Terdahulu, tular video berdurasi 56 saat memaparkan aksi lumba kereta tersebut di Lebuh Raya DASH. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis (IPD) Shah Alam

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply