ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mabuk dan memandu lawan arus – Pemandu Myvi maut kereta bertembung dengan lori

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang pegawai pemasaran yang dipercayai mabuk dan memandu secara melawan arus, maut dalam satu kemalangan di susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Subang, awal pagi tadi.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at, kemalangan tersebut berlaku jam 2 pagi membabitkan sebuah Perodua Myvi dipandu mangsa berusia 25 tahun dengan lori dipandu lelaki berusia 45 tahun.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara melawan arus merempuh lori ketika melalui susur terbabit. Katanya, akibat perlanggaran itu, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Tambah beliau, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.Azman berkata, mangsa dipercayai mengambil minuman keras berdasarkan bau dikesan ketika siasatan. Beliau berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Kata beliau lagi, sampel darah mangsa juga diambil untuk ujian dadah dan alkohol. Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply