ARKIB

KATEGORI

Buletin

Minta rasuah dari pemandu lori – Tiga polis trafik ditahan

Berita Tempatan

Views

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Khan memaklumkan tiga polis trafik berpangkat koperal ditahan selepas disyaki meminta rasuah RM4,000 daripada seorang pemandu lori dalam satu sekatan jalan raya, di Johor Bahru, pada 4 Jun lalu.

Menurut Berita Harian, ketiga-tiga anggota itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang, telah ditahan pada 9.30 pagi, hari yang sama. Kata Ayob Khan, anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu berusia antara 32 hingga 39 tahun ditahan polis berikutan disyaki terbabit dalam aktiviti pemerasan terhadap seorang pemandu sebuah lori perdagangan yang membawa muatan berlebihan.

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Namun, pemandu itu membuat aduan menyebabkan ketiga-tiga anggota berkenaan ditahan polis. Tambah beliau, siasatan mendapati mereka meminta wang sebanyak RM4,000 daripada pemandu lori berkenaan. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua JSPT Johor, Superintendan M Kumarasan. Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, ketiga-tiga anggota terbabit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana membuat pemerasan.

Ketika ditanya sama ada tiga anggota berkenaan terbabit dalam kes pemerasan lain, beliau berkata, perkara itu sedang disiasat. Kata beliau, polis Johor tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawai atau anggota polis terbabit bersekongkol dengan aktiviti jenayah termasuk rasuah.

JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang yang ada atau diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. Jelasnya lagi, perkara ini sudah lama berlaku, namun pihaknya bukan ambil tindakan popular tetapi sebaliknya mahu membersihkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari sebarang aktiviti salah laku jenayah.

Beliau berkata, tiada lagi siasatan dalaman sebaliknya kertas siasatan akan disiapkan bagi pendakwaan sekiranya terdapat bukti kukuh pembabitan anggota dalam sebarang jenayah dan salah laku. Sementara itu, Ayob Khan berkata, Johor Bahru dan Batu Pahat dikenal pasti sebagai lokasi popular dijadikan ‘litar lumba’ oleh samseng jalanan atau Mat Rempit di negeri ini.

Katanya, sejumlah 26 operasi Ops Samseng Jalanan dilancarkan sejak 1 Jun hingga 30 Jun lalu, dengan 60 tangkapan dilakukan. Kesemua 60 suspek yang ditahan membabitkan samseng jalanan berusia antara 15 hingga 26 tahun. Ujarnya lagi, Polis Johor akan meningkatkan operasi berterusan bagi mengekang samseng jalanan bermaharajalela di negeri ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply