ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahindra acah video model konsep elektrik ‘Thar.e’, debut global di Afrika Selatan pada 15 Ogos

Berita Global

Views

Gergasi automotif dari India, Mahindra mula mengacah satu video yang memaparkan sebuah model konsep elektrik (EV) yang bakal membuat debut global bersempena acara “Futurescape” di Cape Town, Afrika Selatan pada 15 Ogos nanti.

Dikenali sebagai Thar.e, ia merupakan gambaran awal kepada versi EV untuk model SUV, Mahindra Thar yang merupakan ‘copy ori’ Jeep Wrangler.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Desas-desus mengatakan, konsep Thar.e ini nanti bakal diterjemahkan kepada versi pengeluaran yang akan ditawaran di pasaran global. Ini memberi petanda yang gaya reka bentuknya nanti akan berbeza sama sekali dengan Jeep.

Menerusi video acah tersebut, kita dapat melihat lampu jenis LED yang berbentuk segi empat yang berbucu bulat. Turut kelihatan, bentuk jerijinya yang melintang dan tertera perkataan Thar.e, serta bampar yang dibiarkan tanpa dicat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Portal automotif Rushlane membuat spekulasi yang model konsep ini akan dibina berasaskan pelantar Inglo EV Mahindra yang telah diumumkan pada tahun lalu. Ia dikatakan berkongsi komponen lazim dengan pelantar MEB dari Kumpulan Volkswagen.

Berkemungkinan Mahindra Thar.e akan ditawarkan dengan keupayaan pacuan semua roda (AWD). Selain itu, pelantar ini turut menyokong dwi motor elektrik yang menghasilkan gabungan output sebanyak 335 kuasa kuda yang mendapatkan tenaganya daripada pek bateri dengan kapasiti sehingga 80 kWj.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply