ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bapa dan anak maut, Kancil Turbo terbabas dirempuh Myvi

Berita Tempatan

Views
@nrkmnz Semoga tuan kereta selamat. Highway Seremban arah Selatan. #seremban #dashcamvids #accident ♬ suara asli – Zan Ilham

Dua beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 276.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat Nilai, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, pemandu Perodua Kancil itu maut di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kereta itu disyaki pecah menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan.

Sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan dikatakan melanggar Perodua Kancil itu dan Perodua Myvi lain yang berada di lorong kedua.

Abdul Malik berkata, pemandu Perodua Kancil yang juga lelaki berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Anaknya meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada jam 7.40 pagi tadi.

Isterinya yang berumur 27 tahun serta seorang lagi anak berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah. Dua pemandu dan seorang penumpang kenderaan lain mengalami kecederaan ringan.

Abdul Malik berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke HTJ dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut dibawa ke HTJ bagi proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019- 4611794. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wan Tacchini

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply