ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis kesan suspek ‘intai wanita’ di tandas stesen minyak di Tapah, pandu Toyota Avanza

Tular

Views

Polis sedang mengesan lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak seperti dalam video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian di sebuah stesen minyak di Tapah berlaku semalam, pada pukul 4.50 petang dan laporan polis dibuat pada hari yang sama.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Laporan polis dibuat pengadu berusia 33 tahun yang mendakwa telah diintai seseorang melalui ruang atas tandas semasa sedang menggunakan tandas di stesen minyak berkenaan.

Berdasarkan semakan televisyen litar tertutup (CCTV), didapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke dalam tandas wanita sebelum beredar menaiki kereta jenis Toyota Avanza.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut beliau, semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan tersebut mendapati, kereta itu didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Pusing, Batu Gajah.

Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek berdasarkan nombor kenderaan yang digunakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman CCTV berdurasi 41 saat, memaparkan seorang wanita masuk ke dalam tandas sebuah stesen minyak sebelum suspek dipercayai lelaki warga tempatan turut masuk ke dalam tandas sama. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply