ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mungkin terima tekanan dan dibuli – Lelaki bina 11 bonggol dapat bantuan rawatan psikososial dari UKM

Berita Tempatan

Views

Ingat lagi tak kisah seorang lelaki yang telah membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bina 11 bonggol di tepi rumahnya? Semalam, Bernama melaporkan, Unit Khidmat Psikologi dan Kaunseling (UKPK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan khidmat bantuan psikososial kepada lelaki tersebut.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia UKM Dr Nazirah Hassan telah menghubungi lelaki tersebut, Nor Muhamad Roslam Harun, 40, bagi memaklumkan bantuan yang bakal disalurkan.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Katanya, setelah mereka berbual menerusi telefon, lelaki itu mengaku bahawa dia mungkin mengalami masalah kesihatan mental, namun tidak tahu bagaimana dan di mana untuk mendapatkan bantuan. Maka dengan itu dia bersetuju untuk menerima khidmat UKPK.

Tambah Nazirah, beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam. Jelasnya, penilaian secara menyeluruh untuk menentukan tahap kesihatan mental dan aspek persekitaran sosial yang mungkin mempengaruhi tingkah lakunya.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Selain itu, pihaknya juga akan melihat sekiranya ada tekanan dari sekeliling termasuklah unsur buli yang mungkin berlaku. Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak cepat menghukum tindakan lelaki itu berikutan kemungkinan masalah kesihatan mental dialaminya sedangkan mereka yang mengalami masalah sedemikian memerlukan sokongan dan perhatian daripada orang sekeliling.

Baru-baru ini, tindakan Nor Muhamad Roslam membina 11 bonggol menggunakan tar di jalan tepi rumahnya telah mendapat perhatian seluruh negara. Dia bertindak demikian kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa, namun dia telah meratakan semula kesemua bonggol itu atas nasihat pihak polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply