ARKIB

KATEGORI

Tular

Mat motor ‘belasah warga emas’ tengah jalan ditahan polis

Tular

Views

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memukul lelaki warga emas, berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat Shah Alam, hari ini.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan tular di media sosial.

Katanya, mangsa iaitu pesara swasta berusia 61 membuat laporan mengenai kejadian itu pada jam 2 petang.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Difahamkan ketika kejadian, mangsa memandu bersama isteri serta cucu untuk ke Putrajaya dan ketika sedang membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue (Seksyen 16), suspek yang menaiki motosikal berada di sebelah kiri kereta mangsa menjerit dan memarahi mangsa.

Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran. Selepas keluar dari kereta, suspek berusia 23 tahun terus menendang mangsa di dada kiri.

Lelaki itu juga mendakwa suspek duduk atas badannya dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi yang menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770.

Hari ini, rakaman 21 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul seorang lelaki warga emas di tengah jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply