ARKIB

KATEGORI

Tular

Tayar tiba-tiba pecah, pemilik Iriz Active salahkan Proton sebab usia kereta baru dua bulan – Tapi warganet perli dia balik

Tular

Views
@afiqah.azmi Alhamdulillah masih selamat. But I’m very disappointed with our #protonmalaysia!! 👎🏻👎🏻👎🏻 Do you mind explain this situation?? @protonmalaysia #fyp #viraltiktok ♬ Hurts So Good – Slow + Reverb – Astrid S

Kecoh di laman sosial baru-baru ini berikutan satu hantaran video dari seorang pemilik Proton Iriz Active yang meluahkan rasa kecewanya berikutan kerana tayar kereta tersebut secara tiba-tiba pecah di lebuh raya meskipun baru berusia dua bulan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Video  tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @afiqah.azmi, sejak dua hari yang lalu, Katanya Iriz Active itu telah diserahkan kepadanya pada bulan Mac lalu. Jelasnya di ruangan komen, dia tidak pernah terlanggar apa apa objek atau bergesel pun sebelum ini.

Tambahnya, pihak Proton sendiri telah membuat pemeriksaan terhadap tayar tersebut dan akan menghubungi pihak pembekal/vendor. Namun yang membuatkannya bengang, ibu pejabat Proton menyuruhnya untuk ke sana ke sini, namun masalah masih tidak selesai.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Pihak Proton turut mengakui kes sedemikian pernah berlaku pada model Saga, cuma ia jarang berlaku dan mungkin dia tidak bernasib baik. Berikutan luahan tersebut, ada warganet yang mempertikaikannya dan berkata tayar kereta tidak ada kaitan dengan pengeluar kereta tersebut.

Ada juga yang mengatakan, masalah tersebut berpunca pada si pemiliknya sendiri kerana kereta itu dipandu dengan tekanan angin yang kurang atau telah pancit. Tidak ketinggalan ada juga komen-komen sinis yang berkata ini adalah kali pertama mereka mendengar pengeluar kereta nasional itu dikecam oleh pemilik kerana tayar pecah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply