ARKIB

KATEGORI

Tular

Mat Rempit sanggup redah sawah padi dicekup polis

Tular

Views

Cubaan sekumpulan penunggang motosikal melarikan diri daripada polis dengan meredah sawah berlumpur gagal apabila mereka dicekup dalam operasi samseng jalanan di Kampung Charuk Kudung, di Pendang pada petang semalam.

Dalam operasi bermula pukul 6.30 petang itu, seramai 90 individu berusia antara 11 hingga 22 tahun dengan melibatkan 62 buah motosikal ditahan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, operasi dilakukan susulan aduan penduduk kampung tentang kehadiran sekumpulan remaja membuat bising dengan bunyi enjin kuat pada setiap petang.

Selain itu kumpulan terbabit turut menjadikan jalan mini tar di hujung kampung sebagai tempat merempit sehingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan keselamatan penduduk.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Arriz, sebanyak 102 saman dikeluarkan kepada pemilik dan penunggang yang ditahan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan dilakukan adalah tidak mempunyai lesen, mengubah suai ekzos motosikal, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi selain tiada insurans dan cermin sisi.

Tambahnya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply