ARKIB

KATEGORI

Buletin

Budak lelaki parah terkena tayar treler tercabut dan terpelanting

Berita Tempatan

Views

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun parah selepas terkena tayar lori yang tercabut dan terpelanting daripada sebuah treler sedang bergerak di Kilometer 3 Jalan Triang-Temerloh dekat Kampung Buntut Pulau di Temerloh, semalam.

Ketika kejadian pada jam 11.25 pagi itu, mangsa sedang menunggang basikal bersendirian sebelum tayar di bahagian belakang treler yang membawa muatan kelapa sawit itu tercabut, sekali gus merempuh mangsa.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff, berkata siasatan mendapati terdapat dua tayar di sebelah kiri treler yang mempunyai 26 roda itu tercabut ketika dalam perjalanan dari Temerloh ke Triang, Bera.

Tayar pertama yang tercabut itu merempuh bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang berada di bahu jalan, namun tiada kecederaan dilaporkan kerana tiada sesiapa berdekatan kereta berkenaan.

Beberapa saat kemudian, tayar kedua pula tercabut dan terkena kanak-kanak lelaki yang sedang menunggang basikal.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kanak-kanak itu mengalami kecederaan iaitu patah bahu kiri, patah kaki kiri dan cedera di kepala. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Berikutan itu, Mohd Azhar berkata, pihaknya akan memanggil pemandu treler berusia 35 tahun itu untuk disoal siasat dengan kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sementara itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu tampil kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Temerloh di talian 09-2716086. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit POLIS Temerloh

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply