ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tuntut eBeliaRahmah dengan Setel dan berpeluang memenangi tiket konsert di Singapura

Berita Tempatan

Views

Sebagai penyedia perkhidmatan e-Dompet rasmi eBeliaRahmah, Setel menawarkan peluang kepada individu yang layak berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia untuk memohon dan menerima kredit RM200 secara ‘one-off‘ melalui aplikasi tersebut sehingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, peserta dalam program ini boleh bermanfaat daripada ganjaran pulangan tunai yang menarik, eBaucar eksklusif daripada rakan kongsi runcit Setel, dan juga merebut peluang untuk memenangi tiket konsert!

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, berdasarkan maklum balas yang positif, pihaknya teruja untuk mengumumkan manfaat tambahan yang ditawarkan, selari dengan objektif utama inisiatif ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dapatkan pulangan tunai tambahan sehingga RM105 dengan berbelanja di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara, di lebih 1,000 stesen Petronas, di cawangan Café Mesra, serta pembelian dalam talian di Petronas Shop, dan promosi selamat datang RM10 untuk semua pengguna yang baharu.

Dapatkan sekumpulan eBaucar daripada rakan niaga Setel dengan pembelian minimum RM5 di mana-mana kedai yang menerima Setel QR atau DuitNow QR. Setel QR boleh didapati di semua stesen Petronas di seluruh negara.

eBaucar ini boleh ditebus dalam bahagian ‘Tawaran’ pada tab ‘Ganjaran’ di aplikasi Setel untuk pembayaran anda yang seterusnya, dan ia adalah terhad. Jadi siapa cepat dia dapat!

Selain itu, rebut peluang untuk memenangi sepasang tiket konsert di Singapura untuk 2 belia bertuah yang menuntut dan membelanjakan kredit eBeliaRahmah mereka dengan Setel dari 26 Jun hingga 31 Ogos 2023. Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan diumumkan melalui aplikasi Setel dan media sosial.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Untuk memohon RM200 kredit e-tunai mulai 26 Jun 2023, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC.

Insentif ini akan dikreditkan ke Dompet eBeliaRahmah pengguna dalam aplikasi selepas permohonan berjaya, dan akan dimaklumkan melalui notifikasi semerta dan mesej peti masuk aplikasi.

Insentif ini boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow, dan di stesen Petronas di seluruh negara.

Insentif eBeliaRahmah perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023 dan tidak boleh dipindahkan ke akaun e-Dompet lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari setel.com/ebeliarahmah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply