ARKIB

KATEGORI

Info

Maxim raikan ‘Hari Wanita Sedunia’, buka peluang untuk wanita jadi rakan pemandu

Info

Views

Hari Wanita Sedunia diraikan pada 8 Mac 2023 bagi menghargai semua wanita di luar sana. Sehubungan dengan itu, Maxim ingin menyatakan kepentingan bersuara hak-hak wanita dan kepentingan mengambil berat mengenai apa yang wanita mahukan.

Pemerkasaan wanita merupakan salah satu perkara utama dan penting yang menarik perhatian Maxim. Para wanita mempunyai hak untuk membuat pilihan serta keputusan, perkembangan dalam kerjaya, berkongsi peluang, menjadi dirinya sendiri dan terus berkembang.

Maxim membuka peluang kepada para wanita untuk menyertai mereka sebagai rakan pemandu dan berkembang bersama. Sejak bertapak di Malaysia pada tahun 2018, rakan pemandu Maxim terutama wanita melihat ini sebagai peluang untuk berjaya.

Bersama Maxim, anda boleh menikmati pendapatan dengan setiap perjalanan dan menjamin aliran tunai setiap hari, ini juga dapat menyokong komitmen bulanan seperti kos petrol dengan perbelanjaan harian yang berlebihan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut pemandu Maxim, Hasnila Rashid, sebagai wanita agak sukar baginya untuk mendapat kerja yang mengikut masa lapang, tetapi Maxim menawarkan peluang dengan menjana pendapatan dan boleh bekerja pada masa yang tersendiri.

Sebahagian dari pemandu merupakan suri rumah tangga yang menjana pendapatan harian dengan masa mereka tersendiri serta membina kerjaya dengan Maxim. Pada masa kini semua orang boleh membela hak masing-masing, mencapai impian dan tidak perlu takut dengan kesusahan dunia kerana peluang diberi untuk berjaya.

Tak lupa juga, Maxim berkongsi kebolehcapaian wanita yang mempunyai minat yang tinggi terhadap kecantikan dan kesihatan melalui tarif SPA & Urut pada aplikasi. Mereka boleh menghasratkan kemahiran yang berkaitan dengan industri kecantikan dengan Maxim dan menyertai sebagai jurukecantikan.

Keselamatan rakan pemandu merupakan keutamaan yang amat dititik beratkan. Pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua terjamin, terutama kepada wanita.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Maxim menyediakan butang SOS di aplikasi yang berfungsi ketika berlaku kecemasan, sekiranya butang tersebut ditekan ianya akan terus ke talian kecemasan yang dimasukan. Ia juga akan menghantar notifikasi kepada pihak Maxim sekiranya berlaku apa-apa kejadian.

Maxim Malaysia bekerja keras untuk memberi sokongan yang padu kepada wanita luar sana untuk terus berjaya bersama. Maxim juga percaya yang apabila memberi sokongan ini dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang itu.

Ayuh daftarkan diri sebagai rakan pemandu di Maxim Malaysia sekarang, untuk mendapat kelebihan dan membina kerjaya bersama-sama. Aplikasi Taxsee Driver boleh dimuat turun melalui beberapa platform iaitu Google play store, Apple app store dan Huawei app gallery.

Pasukan Maxim akan menghubungi anda untuk maklumat yang lebih lanjut dan memberi keterangan untuk pelaksanaan sebagai pemandu. Selamat Hari Wanita. Kekalkan bersuara kerana Maxim akan sentiasa mendengar anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply