ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gentari kembangkan sayap ke Australia, selesai ambil alih WIRSOL Energy

Berita Global

Views

Gentari Sdn Bhd (Gentari) menerusi entiti sekutunya Gentari Renewables Australia (Solar) Pty Ltd, telah menyempurnakan pengambilalihan syarikat dan aset WIRSOL Energy daripada kumpulan syarikat WIRCON GmbH, berkuatkuasa 13 Februari 2023.

WIRSOL Energy merupakan penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Australia, yang mempunyai keupayaan sistem simpanan tenaga bateri (BESS) dan solar bersepadu yang merangkumi 422 MW di dalam kapasiti operasi dan 765 MW kapasiti yang berpotensi di dalam projek-projek yang kini berada di peringkat pembangunan.

Pengambilalihan ini menandakan penglibatan sulung Gentari di dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui di Australia. Ia juga merupakan pencapaian penting di dalam usaha Gentari untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh diperbaharui di antara 30 hingga 40 GW menjelang tahun 2030.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ini sekaligus meningkatkan keseluruhan portfolio tenaga boleh diperbaharui Gentari kepada kira-kira 1.6 GW di dalam kapasiti terpasang di Malaysia, India, UAE dan Australia.

Dasar hala tuju Gentari merangkumi rancangan untuk meningkatkan kapasiti solar dan BESS serta memposisikan syarikat sebagai pengeluar hidrogen hijau dengan menjadikan Australia sebagai pasaran strategik untuk mencapai matlamat ini.

Dengan ini, WIRSOL Energy akan menjadi unit perniagaan utama bagi kemasukan sulung dan portfolio keseluruhan Gentari di negara itu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit, pembelian WIRSOL Energy satu pelaburan yang amat sesuai bagi Gentari. Tambahan aset ini kepada portfolio Gentari akan membolehkan mereka meneruskan usaha membina kapasiti untuk menyampaikan penyelesaian tenaga lestari bersepadu dan membantu pelanggan di dalam peralihan ke arah pelepasan sifar bersih.

Pasaran tenaga elektrik Australia sedang beralih daripada penjanaan berasaskan batu arang, yang pada masa ini menyumbang sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan tenaga elektrik yang diperdagangkan di pasaran, memandangkan stesen-stesen janakuasa sedia ada sedang menghampiri akhir hayat.

Kerajaan Australia telah menetapkan sasaran pengurangan pelepasan karbon sebanyak 26 peratus sehingga 28 peratus merangkumi seluruh bidang ekonomi menjelang tahun 2030, bersandarkan pada tahap tahun 2005, bersama skim Sasaran Tenaga Boleh Diperbaharui untuk menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply